Jumaat, 9 Julai 2010

RUMAH PENYAYANG WADI SAKINAH

Rumah Penyayang Wadi Sakinah adalah sebuah rumah Kebajikan menempatkan kanak-kanak malang dan kurang bernasib baik yang terdiri dari anak yatim, anak-anak orang miskin, asnaf zakat dan sebagainya.

Ia ditubuhkan pada awal 2009. Sekarang menyewa 2 lot rumah yang akan menempatkan anak-anak sekolah rendah putera dan puteri.

Asrama ini terdiri dari kalangan anak-anak lelaki dan perempuan dari keluarga yang fakir, miskin yatim, serta anak yang terbiar dari keluarga yang bermasaalah.

Atas dasar kasih sayang yang dituntut oleh Allah SWT di kalangan kita sesama manusia, anak-anak ini diasuh agar mereka kenal, yakin dengan Allah dan menerima ketentuan Tuhan mengikut kehendakNya yang diterapkan dalam kaedah pendidikan seterusnya membina jati diri untuk menjadi model kepada rakan sebaya serta golongan yang senasib dengan mereka selain dari untujk cuba sedaya upaya memenuhi keperluan mereka.

Kasih sayang di perlukan oleh semua insan. Jesteru itu di rumah ini anak-anak cuba disuburkan Roh, Mental dan Fizikal dengan kasih sayang yang tepat mengikut kehendak Allah.

Untuk menyempurnakan lagi maka pihak pengurusan Rumah Penyayang Wadi Sakinah berharap agar ada golongan individu, ahli perniagaan, syarikat swasta mahupun badan korporat serta badan sekarelawan yang sudi tampil memberikan sokongan atas usaha ini, mudah-mudahan dengan itu kita mendapat kasih sayangNya.

BORANG SUMBANGAN DERMA / ZAKAT

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa saya / syarikat saya .....................................................................

beralamat:

...........................................................................................

...........................................................................................

No. Telefon: ......................................................................

No. Faks: ...........................................................................

Saya / Syarikat saya bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak pengurusan Rumah Penyayang Wadi Sakinah untuk menjayakan kerja-kerja amal seperti:-

1 ZAKAT

zakat harta / wang simpanan / emas / perniagaan / pertanian / penternakan

1 PROGRAM PENYAYANG / KELUARGA ANGKAT

menaja sekurang-kurangnya RM250 sebulan untuk wang saku yang di taja.

1 KEPERLUAN HARIAN

makanan asas / beras / tepung / susu / gula / teh / kopi / minyak masak / kicap / telur / susu / susu tepung / daging / ayam / ikan bilis / sayur-sayuran / buah-buahan / dsbnya

1 PERALATAN & KELENGKAPAN

baru / terpakai / komputer / printer / mesin faks / kipas / air cond / meja / kerusi / katil / cadar / tilam / langsir / tuala / pakaian

1 KENDERAAN

bas / van / kereta - digunakan untuk membawa anak-anak ke sekolah, menghantar barangan keperluan ke rumah anak yatim dan fakir, kematian, kemalangan

Firman Tuhan :

“Orang beriman itu ibarat bangunan yang kukuh (kuat menguatkan satu dengan yang lain)

Sabda Rasulullah SAW :

“Tidak Sempurna Iman seseorang itu sehingga dia mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihi dirinya”

Dengan ini kami mengalu-alukan para dermawan sekalian untuk mengambil peluang menanam Saham Akhirat demi masa depan anak-anak yang memerlukan bantuan dan pembelaan ini.

Alamat :

NO 21, JALAN 2, TAMAN MERBOK PERMAI,

08400 MERBOK, KEDAH DARUL AMAN

Hubungi:

Pn. Juliati Tahreem 016-3313509/013-2394538

Pn Fatimah Saadon 013-7926530

Email : azzahrawadisakinah@yahoo.com

atau salurkan Cek/Tunai ke dalam akaun atas nama

Rumah Penyayang Wadi Sakinah

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

no. akaun 02020010060678

CADANGAN PEMBANGUNAN ASRAMA WADI SAKINAH

Memasang gril tingkap dan pintu di Asrama Putera, Membina Bilik Air yang lengkap dengan tandas dan kolah air di ruang tepi bangunan. Kelangkapan asrama seprti Mesin Basuh, Freser/Peti Ais, Sofa, dan kelengkapan asrama. Anggaran Kos : RM40,000.00

2. Anggaran menyewa sebuah rumah lagi untuk menempatkan warga emas dan ibu tunggal. Anggaran keperluan sebanyak RM10,000.00.

JUMLAH KESELURUHAN PROJEK PEMBANGUNAN IALAH : RM50,000.00

“ Barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya Tuhan akan menunaikan untuknya 70 hajat ” Maksud Hadis

ANGGARAN PERBELANJAAN BULANAN

Bil. Jenis Perbelanjaan Kos

1 Kos senggara & baik pulih RM 750

2 Sewa bangunan (RM230 x 2 lot) RM 460

3 Bil Elektrik (RM100 x 2 lot) RM 200

4 Bil Air (RM100 x 2 lot) RM 200

5 Kenderaan (Ansuran, minyak

dan maintanence ) RM1500

6 Alat tulis RM 100

7 Makan minum (Belian Barang

Basah) RM40 x 30 hari RM1200

8 Tuisyen @ 20 orang RM 470

9 Toiletries & Sanitaries RM 200

10 Kesihatan RM 200

11 Belanja Sekolah (RM2 x 20 x 28 hr) RM1120

12 Saguhati Petugas (RM400 x 3) RM1200

13 Promosi, flyers, surat dan setem RM 500

14 Sumbangan anak yatim dan fakir RM1000

15 Lain-lain perbelanjaan sampingan RM1000

JUMLAH BESAR RM10,000